Sunday, August 28, 2011

Bazaar Ramadhan 2

Bazaar Ramadhan IPG Kampus Tawau akhirnya berakhir pada 25 Ogos 2011 iaitu pada hari Khamis. Pelajar yang hadir memeriahkan bazaar pada hari terakhir adalah sedikit kerana terdapat banyak pelajar yang telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama didalam dan luar institut serta pelajar semester 4 yang telah keluar menjalani SBE. Barisan Peniaga juga adalah sedikit disebabkan banyak peniaga yang telah kehabisan stok dan terdapat juga peniaga yang ingin menutup gerai lebih awal bagi bersiap sedia untuk menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Peniaga sedang menyediakan gerai

Antara peniaga yang meneruskan perniagaan hingga ke hari terakhir

Sebuah lagi gerai yang masih beroperasi pada hari terakhir

Salah seorang pelajar yang menyatakan perasaan bahagia ketika berada di bazaar

Pelanggan datang pada hari yang terakhir

Pelanggan yang setia menghadirkan diri ke bazaar

Pelanggan yang sanggup berada di bazaar sehingga Azan dilaungkan


Pemandangan terakhir lorong di mana bazaar ramadhan dijalankan telah dikosongkan .
Gambar atas menunjukkan hanya meja AJK yang masih berada di lorong tersebut.


JPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar dan peniaga yang telah terlibat dalam menjayakan bazaar Ramadhan IPG Kampus Tawau ini. Semoga semua pelajar dapat memberi sokongan dalam aktiviti yang akan dijalankan oleh JPP pada masa yang akan datang.

Tahniah kepada Exco EKONOMI & KEUSAHAWANAN kerana telah berjaya menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Berkat kesabaran dan titik peluh anda telah berhasil dengan sangat baik. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Dadymus Upin (Pengerusi Exco Ekonomi dan Keusahawanan)


Fettwinda Sipaan (Naib Pengerusi Exco Ekonomi dan Keusahawanan)


Friday, August 26, 2011

Pengibaran Bendera

Tanggal 18 ogos . . beberapa pelajar IP . . diketuai oleh saudara Errorry Jakson mengadakan acara mengibar Jalur Gemilang sekeliling pagar IPG Kampus Tawau.

Mereka yang telah terlibat dalam acara tersebut adalah KU dan PKU setiap unit. Terima kasih kepada KU, PKU and pelajar lain yang ringan tulang membantu dalam aktiviti ini. Disebabkan mereka, IPG Kampus Tawau menjadi lebih menarik dipagari bendera yang berkibar megah di angkasa.

Antara pemandangan menarik IPG Kampus Tawau dihiasi Jalur Gemilang


Kelihatan Pelajar baharu O'Brian sedang memasang bendera dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh

Kelihatan 2 pelajar baharu yang lain iaitu saudari Nes Sandra (gambar atas) dan Saudari Dini Marinah( gambar bawah) sedang membantu dengan mengedarkan tali kepada pelajar yang lain.


Joe Allen (gambar atas) yang menggunakan kelebihan ketinggiannya bukan sahaja dalam bidang badminton
malah membantunya memasang bendera dengan mudah. Rozie (gambar bawah) selaku PKU kepada Joe Allen membantu dengan penuh kesabaran dan dedikasi beserta senyuman manis.

Antara pelajar yang ringan tulang memeriahkan acara mengibar bendera

Saudara Errorry Jackson(Bendahari JPP) selaku ketua bagi acara ini sedang memasang bendera

Kelihatan YDP IPG Kampus Tawau Ahmad Shahril turut turun padang

Kelihatan Saudara Jaikral sedang mengemaskan ikatan bendera

Naib Bendahari JPP sedang membawa bendera dengan penuh semangat

Akhirnya bendera Jalur Gemilang berkibar megah di sepanjang pagar menuju ke pintu masuk IPG Kampus Tawau

JPP IPG Kampus Tawau dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga dalam aktiviti ini terutamanya kepada KU dan PKU setiap unit dan kepada beberapa individu yang menawarkan diri untuk aktiviti ini. Semoga sambutan yang lebih meriah dapat diberikan oleh pelajar yang lain dalam aktiviti yang akan datang.

Thursday, August 25, 2011

Selamat Bercuti

Kepada semua warga IPG Kampus Tawau, JPP IPG Kampus Tawau mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang tersayang. Kepada yang tidak balik beraya pada kali ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, walaupun tidak balik bercuti , keluarga tetap dihati. Tidak dilupakan...

Tahniah kepada PISMP Semester 8 kerana telah berjaya dalam melaksanakan Pembentangan Kajian Tindakan.

Syabas kepada PISMP Semester 6 kerana telah menamatkan Praktikum Fasa 2 yang tamat pada hari ini.

Tidak dilupakan syabas kepada PISMP Semester 4 yang telah tamat melaksanakan Program School Base Experience (SBE) pada hari ini.

Ucapan semoga berjaya kepada PISMP Semester 8 yang akan menjalani Internship dan

Kepada PISMP Semester 2, yang bakal menjalani SBE fasa 2 pada 5 September 2011.

Mengakhiri entry ini ,

JPP IPG Kampus Tawau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, salah silap harap dimaafkan, marilah kita bersama-sama saling bermaafkan.

Wednesday, August 24, 2011

Pertandingan Sempena kemerdekaan part 1

Sempena sambutan kemerdekaan peringkat IPG kampus Tawau, beberapa pertandingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan yang akan diadakan pada 14 September 2011. Antara pertandingan yang telah diadakan adalah pertandingan Apresiasi Puisi, Pertandingan Teka Silang Kata dan Pertandingan Jangan Lupa Lirik.


PERTANDINGAN APRESIASI PUISI

Pensyarah selaku juri untuk pertandingan Literasi Puisi

Saudara Herwan sedang menyampaikan puisinya

Peserta yang bertanding

Peserta dengan suara yang lunak

Ketua juri sedang memberi ulasan



PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA
Peserta menjawap soalan dengan tenang

Peserta menjawap dengan bersunguh-sungguh

Para peserta yang hadir tekun menjawap soalan


PERTANDINGAN JANGAN LUPA LIRIK (SARINGAN)

Peserta sedang tekun melengkapkan lirik

Pensyarah yang bertugas

Peserta sedang mengingat lirik

Peserta dan pensyarah beserta AJK

Pertandingan Jangan Lupa Lirik peringkat akhir akan diadakan pada malam kemuncak majlis sambutan kemerdekaan pada 14 September ini.

Semoga semua pelajar akan memeriahkan lagi majlis sambutan kemerdekaan nanti. Diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama agar majlis ini akan berlangsung dengan lancar.

Saturday, August 20, 2011

Bazaar Ramadhan

Bermula pada 3 Ogos 2011,
Exco ekonomi dan keusahawanan telah menganjurkan bazaar ramadhan bertempat di hadapan blok kediaman Akasia dan Semarak. Sambutan daripada semua pelajar adalah amat menggalakkan . Ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan dan memeriahkan bazaar ini. Bazaar yang berlangsung pada setiap hari kecuali sabtu dan ahad ini akan berakhir pada 25 Ogos 2011.

Gelagat bazaar

Gerai PGPM

Popiah Ayam PGPM

Keropok Lekor Terengganu

Promosi Lekor


Tauke Gerai PGPI (Ustaz Wan Azmi)

"Belilah di gerai burger kami"


Gerai burger sedang menyiapkan pesanan


Seorang pelajar membeli kuih muih


Pudding mangga

PPISMP BI 11 selaku penjual puding

Minta dan akan dimasakkan

Peniaga luar dengan aneka juadah

Kesemua peniaga menunjukkan variasi pilihan juadah daripada makanan tempatan hinggalah makanan seperti burger dan sosej. Terdapat banyak pilihan makanan yang berbeza mengikut selera masing-masing. Semoga bazaar sempena Ramadhan kali ini dapat memenuhi kehendak pelajar dan semua pelanggan yang datang ke setiap gerai. Sekali lagi, pihak JPP mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar.