Thursday, October 20, 2011

Minggu Kokurikulum IPG Kampus Tawau

Pada 25 hingga 28 September yang lalu,
telah berlangsung aktiviti bagi Minggu Kokurikulum
yang berakhir pada 28 September 2011

Sepanjang Minggu Kokurikulum ini,
telah berlangsung beberapa aktiviti seperti Badminton, Bola Tampar,
Bola Jaring, Squasy, Bola Baling, Tenis, Futsal, Ping Pong, Pertandingan Kawat kaki
dan Pergerakan tarian kreatif.

Pertandingan telah berlangsung antara ambilan. Namun begitu, ambilan Januari 2011 telah dibahagikan kepada dua kumpulan

Badminton







Squasy




Pertandingan Kawat Kaki







Pertandingan Futsal





Pertandingan Bola Baling







Pertandingan Bola Tampar





Pertandingan Tenis






Pertandingan Bola Jaring





Pertandingan Ping Pong




Pertandingan Pergerakan Kreatif




Penyampaian Hadiah pada Malam Pergerakan Kreatif



Pada 28 September 2011, majlis penutupan Minggu Kokurikulum telah berlangsung
keputusan pertandingan diumumkan dan penyampaian hadiah telah diadakan.

Kepada Ambilan yang telah memenangi pertandingan, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya sila tingkatkan usaha anda pada masa hadapan.
Unit Kokurikulum dan JPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
sepanjang minggu kokurikulum. :D
Terima kasih atas kerjasama anda. Akhir kata, majulah sukan untuk IPG Kampus Tawau
:D
Bagi pertandingan pergerakkan asas, link video adalah seperti dibawah, enjoy. n_n

Wednesday, October 12, 2011

Perayaan Dua Dalam Satu

JPP Exco Penerbitan & Publisiti
memohon kemaafan atas kelewatan untuk mengemaskini blog ini
hal ini disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan
....................................................................................................................
Pada 23 September yang lalu,
Unit Kokurikulum dengan bantuan JPP telah mengadakan
Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Minggu Kokurikulum.

Persediaan bagi majlis ini telah dilakukan lebih awal iaitu pada 20 September,
bertempat di Kafeteria IPG Kampus Tawau, persiapan selama 3 hari telah dijalankan
secara berperingkat-peringkat.

20-22 September 2011

YDP mengetuai aktiviti persiapan

Kumpulan bunga manggar sedang membaiki bunga manggar

Pelajar mengangkat kerusi daripada Dewan Rafflesia
..............................................................................................................................
23 September 2011

Aktiviti menyembelih lembu diketuai oleh Ustaz Wan Azmi

Pelajar menyediakan bahan untuk masakan

Kelihatan pelajar sedang menganyam daun kelapa

Pelajar sedang menyediakan pinggan mangkuk

Kelas PISMP PML 09 sedang menyediakan makanan

Pensyarah turut turun padang membantu menyediakan makanan

Pelajar PPISMP PAI 10 sedang melapah daging lembu

Pelajar sedang membersihkan daging

Pelajar sedang menggaul kuah kacang


Pelajar sedang menggaul rendang

Antara juadah yang dihidangkan

Unit PISMP Sains 09 sedang menyediakan pencuci mulut

Persiapan bermula seawal 7 pagi dan berakhir pada 12 tengah hari.
..............................................................................................................................................................

Pada pukul 1.20 petang,
pelajar telah mula berkumpul di kafeteria bersama-sama dengan pensyarah dan staff sokongan
Majlis dimulakan pada pukul 1.30 petang sebaik sahaja Puan Pengarah tiba
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengarah
dan acara pemotongan pulut kuning sebagai simbolik pelancaran Majlis Sambutan Hari Raya

Pensyarah yang bekerja kuat dalam menjayakan majlis ini

Ketibaan Puan Pengarah

Sedang bersedia untuk memberi ucapan

Antara juadah yang terhidang

Ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya

Puan pengarah memotong pulut kuning

Acara yang dinanti oleh semua :
KUDAPAN








Hadirin dihiburkan dengan dendangan lagu raya oleh beberapa pelajar dan staff

Pemenang cabutan bertuah

Pemenang cabutan bertuah

Pengarah bersama dengan staff bersalaman dan bermaafan

Majlis berhenti rehat pada 2.30 petang
............................................................................................................................................................

Majlis Pelancaran Minggu Kokurikulum dimulakan tepat 2.45 petang.
Majlis dimulakan dengan ucapan timbalan pengarah dan seterusnya ucapan pelancaran oleh puan pengarah. Majlis kemudiannya digamatkan dengan peragaan pakaian sukan permainan dan unit beruniform sebelum majlis mempersilakan puan pengarah untuk menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran. Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan pertunjukan tarian dari unit PISMP Pra Sekolah 09. Majlis kemudian bersurai.

Staff yang turut hadir

Ucapan Timbalan Pengarah

Ucapan pengarah

Peragaan pakaian pelajar : Skuasy

Peragaan pakaian pelajar : B.Jaring

Peragaan pakaian pelajar : TKRS

Puan Pengarah sedang menandatangani plak pelancaran

Unit PISMP Pra Sekolah sedang bersiap sedia

Persembahan pelajar

Penyampaian cenderahati kepada Puan Pengarah

Puan pengarah meninggalkan majlis

Majlis pelancaran tamat pada pukul 3.30 petang.
.......................................................................................................................................................
Selepas majlis tamat, para pelajar kemudiannya membersih dan menyusun semula Kafeteria.

Pensyarah dan pelajar mengambil gambar kenangan

Pelajar membawa pulang makanan lebih

Unit yang terlibat melakukan pembersihan di surau

Ahli JPP sedang menyusun semula gerai Kafeteria

JPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar kerana telah memberikan sokongan yang sangat menggalakkan kepada majlis dua dalam satu ini. Semoga pelajar akan memberikan respon yang lebih menggalakkan di mana-mana majlis yang akan datang.

Sekian, terima kasih diucapkan sekali lagi

"Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan didalam hati"