Unit PISMP ambilan Januari 2011
telah mengadakan satu pameran literasi bahasa
pada 11 Oktober bertempat di Lobi Blok Pentadbiran
Pameran ini adalah suatu pameran wajib
yang diadakan untuk subjek Literasi Bahasa.
Pelbagai jenis bahan bantu mengajar(BBM) dan bahan bantu belajar(BBB)
yang telah dihasilkan oleh pelajar
dipamerkan dalam pameran ini.
Terdapat pelbagai jenis bahan yang telah dipersembahkan.
Antaranya adalah bahan permainan bahasa dan boneka.
Pelajar pra sekolah dari Prasekolah Seri Murni
Pelajar sedang membuat demonstrasi permainan bahasa
Pelajar prasekolah melawat salah satu kumpulan literasi bahasa
Pelajar prasekolah sedang menanti sesi persembahan boneka
Puan pengarah sedang memeriksa bahan literasi bahasa
Pelajar menerangkan tentang bahan literasi bahasa mereka
Pameran ini tamat pada tengah hari pada hari yang sama.
Ramai pensyarah dan pelajar yang lain telah datang dan melawat
pameran ini.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar PISMP Semester 2
kerana telah berjaya mengadakan pameran Literasi Bahasa ini.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan sekali lagi.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan sekali lagi.
2 comments:
SAlam, nak tanya, utk Permainan Bahasa yg ada model jalan raya tu, macam mana aktiviti tu ye? ;)
Minta maaf sebab blog ni dah tak aktif dah sebenarnya..
tapi masih boleh dijawap persoalan tersebut. Yang ada jalan raya tu sebenarnya menurut pemiliknya adalah permainan pemahaman. murid cabut kad dan mereka akan mendapat arahan-arahan yang akan memberikan peluang untuk mereka menggerakkan kenderaan ke suatu tempat. selain itu, permainan bahasa ni boleh juga dijadikan bahan bantu mengajar atau bahan bantu belajar untuk murid-nurid bagi unit pendidikan keselamatan jalan raya:)
blog JPP yang baru ada di alamat:
http://jppiptawau.blogspot.com/
terima kasih atas sokongan anda :)
Post a Comment