Saturday, September 10, 2011

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Pada 23 Ogos 2011 IPG Kampus Tawau telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang melibatkan semua pelajar. Majlis yang dianjurkan oleh para pensyarah dan PGPM telah berlangsung di Surau An-Nur pada pukul 6.20 petang. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Tawau, Puan Hajah Masni Binti Madat, Timbalan Pengarah Dr Haji Johan Bin Zakaria dan para pensyarah yang lain. Persediaan bagi majlis ini berlangsung secara rasminya selepas waktu interaksi kuliah iaitu pada pukul 1.30 petang. Majlis berbuka puasa ini bermula sebaik sahaja azan dilaungkan.


Para pensyarah dan pelajar sedang menyediakan juadah berbuka puasa


Pelajar sedang menyediakan ruangan pensyarah


Pelajar bertugas sedang menyusun makanan


Pelajar sedang menyediakan juadah berbuka puasa


Pelajar yang bertugas menyediakan kuih-muih


Juadah berbuka puasa; rendang kambing


Juadah berbuka puasa; sup kambing dan ayam masak merah


Puan Pengarah sedang minum sebelum menjamah juadah berbuka puasa


Timbalan pengarah bersama pensyarah yang lain


Pensyarah yang turut hadir


Para pelajar juga sedang menjamah makanan


Staff IPG Kampus Tawau yang turut hadir


Pensyarah bersama pengawal keselamatan yang turut bersama-sama dalam majlis ini


Barisan pelajar yang lain

Diharap agar majlis seperti ini akan diadakan lagi untuk tahun depan agar dapat mengeratkan lagi silaturahim antara sesama bagi warga IPG Kampus Tawau. Semoga majlis ini memberi seribu satu makna kepada semua.

1 comments:

ana marissa said...

good..teruskan update info.