Wednesday, February 15, 2012

Terima kasih daun Keladi

 13.2.2012
Majlis Pembubaran JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012

Ucapan daripada YDP Saudara Ahmad Shahril Bin Sintam

Ucapan perasmian pembubaran JP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012
oleh Dr Haji Mohd Johan Bin Zakaria

Dengan berakhirnya ucapan perasmian pembubaran oleh Dr Haji Mohd Johan Bin Zakaria maka tamatlah sudah perkhidmatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2011/2012 pada Majlis Pembubaran yang diadakan pada Isnin yang lalu. Sesi JPP yang berusia kurang setahun ini telah berkhidmat selama 8 bulan dan dibubarkan untuk menyelaraskan stuktur organisasi dengan sesi organisasi JPP di IPG yang lain. 

Mantan JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012 dengan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Pensyarah yang telah memberikan banyak kerjasama dalam mana-mana majlis dan dalam pelbagai perkara yang belaku. Tanpa kerjasama daripada pihak pensyarah, kami (JPP IPG Kampus Tawau Sesi 2011/2012) berkemungkinan besar tidak akan dapat berkhidmat dengan baik dan segala urusan tidak dapat dijalankan dengan lancar. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para Pelajar IPG Kampus Tawau kerana telah memberikan kerjasama yang sangat membina dalam semua aktiviti yang telah dijalankan oleh JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012. Tanpa kerjasama daripada pelajar, maka aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak JPP tidak akan berjalan lancar apatah lagi menjadi suatu majlis yang meriah.

JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012 juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menjalankan aktiviti dan menjemput JPP untuk bersama-sama menjayakan aktiviti mereka. Sesungguhnya menjalankan aktiviti bersama pihak tersebut merupakan suatu penghormatan kepada JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012. Pengalaman manis dan bermakna yang diberikan oleh pihak tersebut adalah amat dihargai dan sangat sukar untuk dilupakan. 

Tirai sudah tertutup bagi JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012. Oleh yang demikian, JPP sesi 2011/2012 berharap agar JPP yang akan dibentuk tidak lama lagi akan meneruskan budaya kecemerlangan di IPG Kampus Tawau. JPP sesi 2011/2012 juga berharap agar JPP yang baru akan dapat menjalankan perkhidmatan dengan lebih cemerlang daripada JPP sesi 2011/2012.

Akhir kata, semua yang baik itu datangnya dari Tuhan dan semua yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan kami sendiri. 

JPP IPG Kampus Tawau Sesi 2011/2012 melabuhkan tirai.

Ucapan Terima Kasih kepada semua oleh JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012

Tuesday, January 17, 2012

Dedication Night




Choir, Exchange gift, Lucky name, and candy?
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah dianjurkan oleh PGPM (Persatuan Guru Pelatih Moral) Kampus Tawau, pada 7 Januari 2011. Aktiviti tersebut dinamakan PGPM Dedication Night, diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama guru pelatih selain dapat bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Krismas dan Tahun baru. Acara yang paling dinanti-nantikan pada pesta ini adalah pertandingan koir antara Kohort.










Sunday, January 1, 2012

Pulanglah..

Tajuk kali ini hanyalah sebagai penyedap rasa
pemanis kata, pengindah bicara

Buat semua Pelajar IPG Kampus Tawau,
JPP IPGKT mengucapkan selamat kembali kepada
pelajar yang telah sampai ke Institut


JPP IPGKT juga mengucapkan selamat jalan kepada
Pelajar yang sedang dan akan memulakan perjalanan masing-masing
untuk kembali ke Institut

Terdapat beberapa informasi kepada semua pelajar;
  1. Kuliah akan bermula pada 4 Januari 2012. Diharap pelajar dapat kembali ke Institut sebelum sesi kuliah bermula.
  2. Bagi pelajar yang berkaitan, SMS berkenaan tuntutan perjalanan telah dihantar ke nombor yang didaftarkan. Diharap Pelajar dapat menggunakannya dengan sebaiknya.
JPP IPG Kampus Tawau juga mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada PISMP PJ 08, PISMP PSV 08, KPLI B.Inggeris 11 dan KPLI PJ 11 yang telah berjaya menamatkan pengajian di IPG yang tercinta ini. Semoga anda berjaya dalam kehidupan sebagai seorang pendidik yang sebenar.