Friday, November 4, 2011

Oi Oi Art Fiesta 2 by PSV

Tanggal 30 0ktober 2011, gabungan Pelajar Pendidikan Seni Visual Semester 8 dan Semester 2 telah mengadakan Oi Oi Art Fiesta 2. Ia merupakan suatu majlis dimana hasil-hasil seni mereka dipamerkan serta persembahan nyanyian dan kugiran dilangsungkan bagi menghangatkan lagi suasana.
Keriangan jelas kelihatan pada ekspresi muka pengunjung-pengunjung pada pesta tersebut.
Nyanyian oleh saudara Marklister bersama ahli kugirannya Ahmad Nabil, Rafie, Richie dan Gerald.
Suasana gig yang ternyata menghiburkan pengunjung.
Kelihatan saudara Gerald sedang fokus bermain drum
AJK sebalik tabir yang bertungkus-lumus menjayakan pesta tersebut.
Pelajar semester 8 yang beraksi dengan bersemangat menghiburkan pengunjung yang hadir.
Acara berikut merupakan satu aktiviti yang santai dan menyeronokkan. Pelajar dibenarkan menggunakan apa saja pakaian asalkan sopan dan menutup aurat. Saya sebagai penulis amat menikmati acara-acara dan aktiviti yang diketengahkan. Oi Oi Art Fiesta ini merupakan kali ke-2 diadakan dalam sejarah IPG kampus Tawau.
Pertandingan makan epal amat menghiburkan pengunjung sehingga tidak kering gusi.


Kesungguhan!
Pengunjung yang bertuah akan mendapat hadiah percuma berdasarkan tiket yang telah dibeli.
Persembahan ahli kugiran.
Saudara Fadzly menyanyikan lagu Anuar Zain.
Kelihatan pengunjung sangat menikmati hiburan yang santai.

Selain persembahan, terdapat juga gerai yang menjamu makanan mereka.

Pelajar Pra-sekolah turut mempamerkan hasil rekaan kreatif mereka.


Gerai yang menjual makanan dan minuman,
Beberapa orang pelajar yang menikmati hasil seni yang hebat oleh pelajar PSV.
Para pengunjung yang terhibur dengan persembahan dan nyanyian peserta semester 8.

Persembahan Khas Semester 8.

Berikut merupakan acara yang terakhir yang dianjurkan PSV bersama pelajar semester 8. Segala titik peluh semester 8 dan usaha yang mereka curahkan kepada IPG Kampus Tawau amat kami hargai. Kepada pelajar PSV, syabas kerana berjaya menganjurkan satu pesta yang santai dan mengembirakan. Semoga pesta ini dapat diteruskan pada masa mendatang.
Sekian.

2 comments:

Miss Ayub said...

saya suka... harap2 junior kmi buat la thn depan lg... (:

b0m^2 said...

yup.. kami pun harap g2.. :D