Sunday, August 14, 2011

Sejarah IPG Kampus Tawau

Banggunan Tan Sri Abdul Rafie Mahat

Sejarah & Latar Belakang

Pembinaan Maktab Perguruan Tawau telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Leo Micheal Toyad sempena lawatannya ke Tawau pada 15 Mei 1992. Majlis Pecah tanah pula disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Y. Bhg. Dato’ Najib bin Tun Abdul Razak. Maktab ini terletak di KM 36 Jalan Balung Tawau dengan keluasan kawasan 34.38 hektar. Projek pembinaan Maktab Perguruan Tawau dimulakan pada 2 Julai 2001 oleh Consortium ASSB-BESB JV Sdn. Bhd. dengan kos sebanyak RM 87 juta. Projek ini telah siap sepenuhnya pada bulan November 2004. Majlis rasmi penyerahan bangunan Maktab Perguruan Tawau telah diadakan pada 30 November 2004.

Perpindahan secara konvoi 170 orang pelajar KDPM dan PISMP dari Maktab Perguruan Sandakan ke Maktab Perguruan Tawau telah dilaksanakan pada 27 Disember 2004. Upacara perlepasan disempurnakan oleh Y. Bhg Dr. Sharifah Noor Puteh, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Penerimaan pelajar di Maktab Perguruan Tawau disempurnakan oleh Y. Bhg. Tan Sri Rafie Mahat, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 28 Disember 2004.

Maktab Perguruan Sandakan Sabah ditutup secara rasmi pada 1 Januari 2005. Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan di seluruh negara telah dinaikkan taraf secara serentak menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Maktab Perguruan Tawau dikenali sebagai Institut Perguruan Tawau, Sabah. Kini sekali lagi IPG Tawau telah bertukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau sejajar dengan penubuhan Institut Pendidikan Guru Malaysai (IPGM). Pada 02 Disember IPG Kampus Tawau telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin (Menteri Pelajaran)


Pemandangan padang dan Blok Akademik IPG Kampus Tawau



0 comments: