Friday, August 26, 2011

Pengibaran Bendera

Tanggal 18 ogos . . beberapa pelajar IP . . diketuai oleh saudara Errorry Jakson mengadakan acara mengibar Jalur Gemilang sekeliling pagar IPG Kampus Tawau.

Mereka yang telah terlibat dalam acara tersebut adalah KU dan PKU setiap unit. Terima kasih kepada KU, PKU and pelajar lain yang ringan tulang membantu dalam aktiviti ini. Disebabkan mereka, IPG Kampus Tawau menjadi lebih menarik dipagari bendera yang berkibar megah di angkasa.

Antara pemandangan menarik IPG Kampus Tawau dihiasi Jalur Gemilang


Kelihatan Pelajar baharu O'Brian sedang memasang bendera dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh

Kelihatan 2 pelajar baharu yang lain iaitu saudari Nes Sandra (gambar atas) dan Saudari Dini Marinah( gambar bawah) sedang membantu dengan mengedarkan tali kepada pelajar yang lain.


Joe Allen (gambar atas) yang menggunakan kelebihan ketinggiannya bukan sahaja dalam bidang badminton
malah membantunya memasang bendera dengan mudah. Rozie (gambar bawah) selaku PKU kepada Joe Allen membantu dengan penuh kesabaran dan dedikasi beserta senyuman manis.

Antara pelajar yang ringan tulang memeriahkan acara mengibar bendera

Saudara Errorry Jackson(Bendahari JPP) selaku ketua bagi acara ini sedang memasang bendera

Kelihatan YDP IPG Kampus Tawau Ahmad Shahril turut turun padang

Kelihatan Saudara Jaikral sedang mengemaskan ikatan bendera

Naib Bendahari JPP sedang membawa bendera dengan penuh semangat

Akhirnya bendera Jalur Gemilang berkibar megah di sepanjang pagar menuju ke pintu masuk IPG Kampus Tawau

JPP IPG Kampus Tawau dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga dalam aktiviti ini terutamanya kepada KU dan PKU setiap unit dan kepada beberapa individu yang menawarkan diri untuk aktiviti ini. Semoga sambutan yang lebih meriah dapat diberikan oleh pelajar yang lain dalam aktiviti yang akan datang.

1 comments:

b0m^2 said...

Admin
Reply to Anonymous

Already change it
Its not the YDP that manage this Blog
but those at the bottom.
Very sorry for the old post
That happened because some of us are new in this writing arena.. :)
Hope you will understand.. :)
anyway ..
would you give us your IP's blog?
We hope to read it .. :)
thanks. :)