Sunday, August 28, 2011

Bazaar Ramadhan 2

Bazaar Ramadhan IPG Kampus Tawau akhirnya berakhir pada 25 Ogos 2011 iaitu pada hari Khamis. Pelajar yang hadir memeriahkan bazaar pada hari terakhir adalah sedikit kerana terdapat banyak pelajar yang telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama didalam dan luar institut serta pelajar semester 4 yang telah keluar menjalani SBE. Barisan Peniaga juga adalah sedikit disebabkan banyak peniaga yang telah kehabisan stok dan terdapat juga peniaga yang ingin menutup gerai lebih awal bagi bersiap sedia untuk menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Peniaga sedang menyediakan gerai

Antara peniaga yang meneruskan perniagaan hingga ke hari terakhir

Sebuah lagi gerai yang masih beroperasi pada hari terakhir

Salah seorang pelajar yang menyatakan perasaan bahagia ketika berada di bazaar

Pelanggan datang pada hari yang terakhir

Pelanggan yang setia menghadirkan diri ke bazaar

Pelanggan yang sanggup berada di bazaar sehingga Azan dilaungkan


Pemandangan terakhir lorong di mana bazaar ramadhan dijalankan telah dikosongkan .
Gambar atas menunjukkan hanya meja AJK yang masih berada di lorong tersebut.


JPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar dan peniaga yang telah terlibat dalam menjayakan bazaar Ramadhan IPG Kampus Tawau ini. Semoga semua pelajar dapat memberi sokongan dalam aktiviti yang akan dijalankan oleh JPP pada masa yang akan datang.

Tahniah kepada Exco EKONOMI & KEUSAHAWANAN kerana telah berjaya menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Berkat kesabaran dan titik peluh anda telah berhasil dengan sangat baik. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Dadymus Upin (Pengerusi Exco Ekonomi dan Keusahawanan)


Fettwinda Sipaan (Naib Pengerusi Exco Ekonomi dan Keusahawanan)


1 comments:

ana marissa said...

hahaha br nmpk gmabr2 ni...tgk smpi ketawa2