Tuesday, November 1, 2011

Taklimat Pencegahan dan Latihan Kebakaran

Tanggal 5 Oktober 2011, bertempat di dewan Rafflesia Ipg Kampus Tawau, pihak kediaman bersama Exco Kediaman telah mengadakan Taklimat Pencegahan dan Latihan Kebakaran. Antara aktiviti yang dilakukan adalah ceramah, tayangan video dan latihan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Saudara Elyana dan Herwan, selaku Exco Blok Kediaman bertindak menguruskan ceramah tersebut.


2 orang anggota bomba memberi ceramah tentang persediaan dan pencegahan kebakaran.

Para pensyarah yang tekun mengamati taklimat tersebut.




Para pelajar yang hadir pada taklimat tersebut.

Selepas tayangan ceramah dan tayangan video, aktiviti diteruskan dengan latihan memadam kebakaran di luar dewan Rafflesia.

Pelajar bersemangat menanti demonstrasi memadam kebakaran.




Dengan penuh semangat saudari Nur Izzatie Nadia memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.






Kami daripada pihak JPP, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anggota Bomba Tawau kerana telah memberi ilmu yang amat berguna kepada kami. Tidak lupa juga kepada pensyarah dan pelajar yang turut hadir, sokongan anda amat kami hargai.
Sekian.

5 comments:

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

wow mcm romantik pula sy dan bomba itu memadam api wakakakakakka

Sylvester Jonny said...

ahahaha!!
suka la tu . .

b0m^2 said...

bom.. Suka la apa lagi .. encem kan bumba tersebut hahaha

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

fitnah betul exco jpp ni.
malu tau ada gmbr gitu.
bole dijadikan poster.
wakakakakakak

b0m^2 said...

aik ... mana ada fitnah ni .. hahhahaha
ah... ?? mau kasi jadi poster.. ??
boleh jak