Wednesday, February 15, 2012

Terima kasih daun Keladi

 13.2.2012
Majlis Pembubaran JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012

Ucapan daripada YDP Saudara Ahmad Shahril Bin Sintam

Ucapan perasmian pembubaran JP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012
oleh Dr Haji Mohd Johan Bin Zakaria

Dengan berakhirnya ucapan perasmian pembubaran oleh Dr Haji Mohd Johan Bin Zakaria maka tamatlah sudah perkhidmatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2011/2012 pada Majlis Pembubaran yang diadakan pada Isnin yang lalu. Sesi JPP yang berusia kurang setahun ini telah berkhidmat selama 8 bulan dan dibubarkan untuk menyelaraskan stuktur organisasi dengan sesi organisasi JPP di IPG yang lain. 

Mantan JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012 dengan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Pensyarah yang telah memberikan banyak kerjasama dalam mana-mana majlis dan dalam pelbagai perkara yang belaku. Tanpa kerjasama daripada pihak pensyarah, kami (JPP IPG Kampus Tawau Sesi 2011/2012) berkemungkinan besar tidak akan dapat berkhidmat dengan baik dan segala urusan tidak dapat dijalankan dengan lancar. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para Pelajar IPG Kampus Tawau kerana telah memberikan kerjasama yang sangat membina dalam semua aktiviti yang telah dijalankan oleh JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012. Tanpa kerjasama daripada pelajar, maka aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak JPP tidak akan berjalan lancar apatah lagi menjadi suatu majlis yang meriah.

JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012 juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah menjalankan aktiviti dan menjemput JPP untuk bersama-sama menjayakan aktiviti mereka. Sesungguhnya menjalankan aktiviti bersama pihak tersebut merupakan suatu penghormatan kepada JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012. Pengalaman manis dan bermakna yang diberikan oleh pihak tersebut adalah amat dihargai dan sangat sukar untuk dilupakan. 

Tirai sudah tertutup bagi JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012. Oleh yang demikian, JPP sesi 2011/2012 berharap agar JPP yang akan dibentuk tidak lama lagi akan meneruskan budaya kecemerlangan di IPG Kampus Tawau. JPP sesi 2011/2012 juga berharap agar JPP yang baru akan dapat menjalankan perkhidmatan dengan lebih cemerlang daripada JPP sesi 2011/2012.

Akhir kata, semua yang baik itu datangnya dari Tuhan dan semua yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan kami sendiri. 

JPP IPG Kampus Tawau Sesi 2011/2012 melabuhkan tirai.

Ucapan Terima Kasih kepada semua oleh JPP IPG Kampus Tawau sesi 2011/2012