Sunday, August 14, 2011


Visi

Institut keguruan yang unggul ke arah kegemilangan pendidikan

Misi

Melaksanakan pendidikan guru secara profesional untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti dan berketerampilan selaras dengan falsafah pendidikan guru bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Institut Perguruan Tawau, Sabah dengan penuh tanggungjawab dan iltizam berjanji akan :

    • Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bermula hari pertama pada setiap semester sejajar dengan perancangan yang telah ditetapkan.
    • Menyediakan guru permulaan yang berkemahiran dalam bidang pengkhususan dan elektif masing-masing, berkebolehan dalam pengurusan kokurikulum serta memahami dan mengamalkan etika profesionalisme keguruan.
    • Memantapkan perkongsian pintar secara profesional dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Institusi pendidikan awam dan swasta serta pelbagai agensi dan masyarakat sekitar.
    • Mewujudkan suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang dinamik dan kondusif.
    • Menyediakan peluang peningkatan pembangunan diri dan tahap profesionalisme yang berterusan ke arah budaya kerja yang lebih positif, kreatif dan inovatif.
    • Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang pedadogi dan penyelidikan pendidikan.
    • Memberi perkhidmatan dan layanan kepada pelanggan dengan mesra, berkualiti dan berkesan.
    • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

    0 comments: