Wednesday, August 17, 2011

Minggu Kesenian Islam anjuran PGPI didokumentasikan oleh JPP



Pada 25-29 Julai, telah diadakan Minggu Kesenian Islam (MKI) yang dianjurkan oleh PGPI, dipengerusikan oleh saudara Ali bin Mohammad Amir. JPP IPG kampus Tawau 2011 telah dijemput untuk mendokumentasikan majlis tersebut. Berikut adalah hasil kreativiti pelajar IPG kampus Tawau.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut adalah pertandingan Pentoman, puisidra, pertandingan Nasyid dan banyak lagi.





Lakonan hebat Syafiqa, Punitha, Najwa dan rakan-rakan dari unit PISM SN 2011 yang telah memenangi tempat Pertama pertandingan puisidra tersebut.




Malam tersebut merupakan malam dimana banyak jiwa guru pelatih tersentuh oleh persembahan yang begitu kreatif serta menyentuh perasaan.

YB Datuk Haji Syed Abas Bin Syed Ali telah dijemput untuk merasmikan majlis penutupan Minggu Kesenian Islam tersebut pada hari jumaat.

Beliau telah memberikan ucapan yang amat
memberansangkan kepada guru pelatih.


Pada malam itu, persembahan nasyid turut dipersembahkan dengan alunan suara yang merdu dan lunak.














YB. Datuk Haji Syed Abas Bin Syed Ali juga menaja dan menyampaikan Hamper kepada pemenang.





Pihak RTM juga turut datang ke majlis tersebut.Gambar Datuk Haji Syed Abas Bin Syed Ali sedang bersalam-salaman dengan para pelatih sebelum beliau berangkat pulang.

















Pendek kata, bermula malam pertama sehingga malam kemuncak, Minggu Kesenian Islam berlangsung dengan amat berjaya. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang menjayakannya.

JPP amat berterima kasih kepada PGPI IPG kampus tawau kerana telah mengadakan majlis ini. Tidak dilupai jutaan terima kasih kepada YB Datuk Haji Syed Abas Bin Syed Ali, segala sumbangan Datuk amat kami hargai.

Sekian . . Terima kasih.


0 comments: