Tuesday, November 1, 2011

Majlis Alumni


Buat julung kalinya IPG Kampus Tawau telah menjadi Tuan rumah bagi merasmikan Majlis Alumni Masat 2011 yang dirasmikan oleh Datuk Haji Taufiq bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.


Pengiraan undi bagi pemilihan ahli jawatan kuasa Alumni yang baru adalah diuruskan sepenuhnya oleh SPR IPG Kampus Tawau, yang mana berpengalaman dalam pemilihan ahli tertinggi Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar, JPP yang diketuai oleh saudari Punitha a/p Mohan.

Kelihatan beberapa pensyarah sedang berbincang.


Semua Exco JPP yang berbaju korporat membantu mengurus majlis tersebut.



Ahli SPR sedang berbincang dengan pensyarah.

Pelajar yang bertugas menjadi ajk pendaftaran.

Pensyarah yang sedang menantikan ketibaan guru-guru.

Gambar guru yang membuat pencalonan bagi ahli jawatan tertinggi Alumni Masat.

Guru-guru dan guru pelatih yang turut hadir.

Acara mengundi dilakukan.

Bukan sahaja guru, malah pensyarah juga turut bersama-sama mengundi.

Saudari Denensse menunjukkan jumlah undi bagi baris yang terlibat.

Pengerusi Exco Penerbitan dan Penerangan, saudara Nicholas Amid sedang mengambil gambar suasana majlis berkenaan.

Ahli jawatan kuasa tertinggi Alumni Masat yang telah dipilih selepas undian dilakukan.

Saudari Sandra sebagai pemegang bunga manggar sedang menanti ketibaan Datuk Haji Tawfiq.

Pelajar PPISMP 2010 yang bersedia untuk menyambut Datuk Haji Tawfiq dengan paluan kompang mereka yang mengasyikkan.



Ketibaan Datuk Haji Tawfiq disambut meriah oleh para pensyarah dan para guru-guru pelatih.

Pihak RTM turut membuat liputan perjalanan Majlis Alumni tersebut.

Kelihatan Datuk Haji Tawfiq memberi ucapan yang bersemangat dan bernas kepada para pensyarah dan guru.

Sebelum Yang Berhormat Datuk meninggalkan dewan, beliau sempat menandatangani lukisan potret beliau yang dihasilkan oleh saudari Flora.


Ahli koir Ipg Kampus Tawau yang menghiburkan hadirin dengan persembahan mereka yang amat menarik seperti lagu "Memori Tercipta" dan lagu "Maktab Perguruan Sandakan".
Kelihatan banner gergasi berukuran 22 kaki rekaaan Timbalan Exco JPP Penerbitan dan Penerangan saudara Sylvester Jonny.

Ahli kugiran yang telah mengiringi nyayian koir IPG dengan jayanya.


Ahli JPP dan SPR, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian Datuk Haji Tawfiq untuk merasmikan Malis Alumni Masat sesi 2011. Terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah dan guru pelatih yang telah banyak membantu menjayakan majlis tersebut.
Semoga pelajar dan pensyarah akan dapat memberikan kerjasama yang lebih jitu pada majlis yang akan datang. Sekian.

3 comments:

Tys0n Ky0 said...

=)

Tys0n Ky0 said...

nice boom.!!!

b0m^2 said...

ou... ukai aku ni .. :)
blog kongsi , org len yg post